Sunday, May 22, 2016

OIL FREE HYDRATING GEL (OFGH)




Jom, guna OIL FREE HYDRATING GEL untuk melembapkan kulit wajah anda. OFGH sesuai sangat sangat sangat untuk wanita yang mempunyai kulit berminyak. Jangan ingat bila ada kulit muka berminyak tak perlu guna plembap. Sebenarnya, kulit berminyak lagi perlukan lembapan sebab kulit berminyak ni mempunyai lapisan bawah kulit yang sangat kering.


Lama kelamaan, timbullah jeragat atau pigmen pigmen yang menyebabkan ton warna kulit tak sekata.
Apabila apply OFGH ni kat wajah, senang sangat bila nak sapu foundation. Sekata elok jer. Berbedak pun tahan lama. Nak nak yang bekerja dalam bilik berhawa dingin, lagilah tahan lama.


Hubungi saya untuk dapaatkan produk Mary Kay, ok!

Saturday, May 7, 2016

MENCARI PENJAGAAN KULIT DAN REGIMEN HARIAN YANG SESUAI DENGAN KULIT ANDA?





Ramai wanita wanita yang cari tahu pasal produk Mary Kay ngan akak. Dan rata rata sebagai 1st time user, memang tak tahu apa apa pasal setiap set dalam Mary kay ni. Terima kasih (walaupun senyap jer lepas tu) dan tahniah akak ucapkan kepada mereka. Dont worry, akak tak marah k. Akak anggap, bukan rezeki akak.

Dalam Mary Kay untuk set penjagaan kulit, ada 4 sebenarnya. Dalam gambar tak de 1 set iaitu, SET PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT @ ACNE PRONE SKIN CARE. Set ni jarang permintaannya. Jadi, tak ramai Beauty Consultants Mary Kay wat stok. Maaf kepada customer akak yang terpaksa tunggu lama sikit kalo ode set ni ye.

Kalo set Botanical Effects memang banyak stok yang kitorang wat. Memang berkesan. Sangat sesuai untuk
1. Remaja dari 12 tahun ke 24 tahun.
2. Boleh juga untuk wanita yang 25 tahun ke atas yang mengalami kerosakan kulit wajah akibat produk produk yang kesannya cepat seperti 3 hari, 4 hari, 1 minggu dan macam macam lagi.

Set yang tengah tu MELACEP SYSTEM. Set ini adalah set pencerahan yang paling selamat di atas muka bumi. Memang kulit wajah anda akan glowing sangat bila guna set ni.


Set yang gambar paling kanan namanya TIMEWISE SKINCARE.  Set ni sesuai untuk
1. wanita yang guna produk produk mahal dari Eropah, Korea atau Jepun seperti SK11, ESTEE LAUDER dan lain lain lagi dan dorang nak cut budget. Tapi Mary Kay lagi best dari produk produk ni. Ihiks......
2. wanita yang berusia 25 tahun ke atas yang dah tak de masalah kulit seperti jerawat. Set ini untuk menegangkan kulit wajah dan mengurangkan masalah kedutan.

PERINGATAN UNTUK WANITA WANITA DI LUAR SANA....
Mary Kay bukan produk yang menjanjikan kesan dalam masa 1 minggu, 2 hari, 3 hari, dan sebagainya. Mary Kay mengubah kualiti wajah anda dengan mencantikkan kulit anda dengan proses yang SIIIIIIHAT.

JANGAN MALU ATAU SEGAN UNTUK CARI TAHU


SKINCARE CARE CLASS

Ramai wanita yang Beauty Consultant jemput untuk ke event macam gambar kat atas ni MENOLAK untuk datang. Macam macam alasan yang diberi. 

Walhal dorang takut nak datang sebab dorang ingat Mary Kay ni MLM yang bagi ceramah dengar dan tadah telinga pastu takut kena paksa untuk beli. 

Silap deknon...Mary Kay tak macam tu. Mary Kay bagi penerangan bukan setakat korang kena tadah telinga yang best part ialah korang CUBA, GUNA, RASA, ALAMI produk produk Mary Kay seperti pencuci muka, penyegar, mask, pelembap, foundationnya yang meletop, lipstick dan macam macam lagi lah. Korang datang muka biasa, korang balik dengan muka glowing nau nau gitu. 

Dari pemerhatian saya sebagai Beauty Consultant Mary Kay ni, setiap wanita yang datang ke event Mary Kay ni pasti pulang dengan happy walaupun tak membeli produk Mary Kay time tu. Dan kitorang takde la nak paksa paksa bagai suh beli produk Mary Kay ni. Takde lagi dalam sejarah Mary Kay, seorang wanita dipancung kepalanya atau ditahan dalam bilik gelap kerana mencuba produk Mary Kay tapi tak nak beli. Takde ye deknon deknon.

Malah Beauty Consultants Mary Kay senyum dan happy jer. Sebenarnya kan, bila kitorang buat event macam ni, kitorang seolah olah macam BERSEDEKAH. Yelah, korang ingat produk produk Mary Kay yang dorang try tu, kami dapat free ke? Tak. Kami beli. Cuma kami dapat murah sebab jadi ahli dan berniaga. Dan bila kami beli, kami perlu bagi prospek (orang yang ditarget untuk membeli) try. Cakap saja tak thrill kan?

Bagi saya, Mary Kay lah satu satunya MLM yang penuh dengan charity, fun,go give dan sharing and caring. Dah ramai ahli ahli MLM yang lain yang approach saya untuk jadi ahli dan serius berniaga, tapi MLM tu tak kena dengan jiwa saya. 


LIPS SPA


LIPS SPA

Mary Kay bukan sahaja ada produk untuk penjagaan kulit wajah, malah untuk bibir, mata, tangan sehinggalah ke kaki pun ada.

Bibir anda kering, menggelupas,dah minum air banyak gelas pun tetap kering jugak, hitam akibat penggunaan lipstick yang terlalu tinggi plumbum, maka inilah produk yang sesuai untuk merawat masalah bibir anda.

Penggunaan yang konsisten akan menghasilkan bibir yang merah, lembap dan sihat.  Terdapat dua item

1. Satin Lips Mask
Picit lip mask dalam sebesar kacang tanah,sapu lip mask dengan guna jari hantu pada bibir atas dan bawah kemudian biarkan kering selama 10 minit. Lepas tu baru cuci dengan tisu yang lembap.

2. Satin Lip Balm
Keringkan bibir yang basah selepas guna lip mask tadi. kemudian, picit lip balm sebesar kacang hijau atas jari hantu dan sapu lip balm tu pada bibir atas dan bawah. Bibir anda kan kelihatan dan terasa berminyak. Jangan bimbang, lip balm sedang melakukan proses untuk merawat bibir anda. Dah namanya pun LIP SPA, maka gunalah produk ni time anda rest and relax di waktu lapang atau hujung minggu.

Jangan segan untuk hubungi saya. Fast and friendly response.

Thursday, May 5, 2016

KULIT TANGAN LEMBUT, SETIAP ORANG PERLU HARGAINYA


SATIN HANDS PAMPERING SET

Satin Hands Pampering Set adalah sistem 3 langkah mudah yang membelai tangan anda agar ia sentiasa lembap, lembut dan licin. Set ini merangkumi: 

1. Pelembap tangan yang bebas wangian yang melembutkan daki atau sel sel kulit mati pada tangan supaya mudah diskrub dengan skrub. 

2. Skrub tangan untuk menyental dengan lembut daki daki dan sel sel kulit mati pada tangan.

3. Krim tangan yang wangi dan melembutkan kulit tangan selama 3 hari. (kalau tak buat kerja rumah langsung atau kerja berat, tahan 1 minggu kelembutannya:)

Boleh dibeli secara berasingan.

Hubungi saya untuk konsultansi percuma tentang produk ni k.

Wednesday, May 4, 2016

PERKHIDMATAN 'MAKE OVER' PERCUMA


Berita baik untuk anda semua,

Mulai hari ini, bermula lah tugasan saya untuk cabaran mencari 100 orang untuk di 'make over'. Saya memerlukan bantuan dari anada untuk menyiapkan tugasan saya.

Oleh itu, saya mencari 100 orang wanita yang berminat untuk cuba mengubah penampilan yang ringkas tetapi masih lagi menarik dan servis ini PERCUMA.

Bagi yang berada di sekitar Terengganu dan Kelantan amatlah dialu alukan.

Hubungi saya yer....

PENYELESAIAN ISTIMEWA BAGI PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT



ACNE PRONE SKIN CARE


Set penjagaan ini mengandungi 2% asid salisilik yang pantas menembusi pori untuk membersihkan kotoran, mengurangkan kerengsaan dan membantu kulit tampil lebih licin tanpa cela. ketiga tiga produk ini juga dirumus dengan botani yang menyegarkan seperti Canadian Willowherb, sea heather dan akar burdock.

Set ini sebenarnya mengandungi 3 items jer. Gambar atas terlebih satu iaitu spray (semburan untuk melegakan kulit berjerawat-sudah tidak dikeluarkan)

1. Cleanser
Pencuci berbusa berperanan menanggalkan minyak berlebihan, mencegah pengumpulan sel sel kulit mati di dalam pori dan membantu menghilangkan cela. Kulit berasa segar dan bersedia untuk langkah berikutnya iaitu

2. Purify (menyegar)
serum ini mempunyai tekstur selicin sutera untuk membantu mengeringkan jerawat dan mencegah kemunculan jerawat. meminimumkan pori dan mengurangkan kilatan.

3. Treat (Rawat)
Krim yang sangat efektif dengan rumusan asid salisilik dan botani memyasarkan dan menghilangkan jerawat dan cela kulit. Cepat diserap tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Jangan segan hubungi saya untuk cari tahu mengenai produk ini yer. Insya Allah, produk ini berkesan kepada anda kerana Mary Kay sangat menjaga kualiti dan mutu produknya.


Saturday, April 30, 2016

RAHMAT SETELAH JOIN MARY KAY







Koleksi hadiah hadiah setelah join Mary Kay. Alhamdulillah.
Terima kasih rekruter akak, SD Norhaiza. Doakan saya agar jadi macam akak juga k.

MARY KAY TRANSLUCENT LOOSE POWDER


Dalam Mary Kay, kitorang panggil bedak ni BEDAK MAGIC.....Hihihi..

Kenapa?

Sebab bedak ni dapat menyerap lebihan minyak pada wajah kita sepanjang hari, pastu ada serbuk mutiara pula tu untuk buatkan skin kita nampak glowing dan gebu gebas sepanjang hari.

lepas pakai foundation tu, terus sapu bedak magic ni.. Mudahkan nak wajah glowing dan flawless? serius best tau. malas nak cakap banyak, cuba dulu baru tahu.

Untuk pengetahuan anda semua, tak de sorang pun yang mengguna produk Mary Kay akan diselubungi masalah jeragat. Malah bebas dari jeragat lagi. Jzkk.

Hubungi akak untuk cari tahu produk ni.

MARY KAY SKINCARE CLASS




Joined carboot sale in weekend





Conducted scc on my own.





Joined scc with Sales Directors from North region :)

This is the tip how I run my Mary Kay bussiness. Best kan? Sape yang ada rasa malu, pastu cakap tak pandai nak cakap depan orang ramai, susah lah dik. Sebenarnya itula kelemahan orang Melayu. Poor public speaing skill. Walhal cakap loghat kita jer pun ok. Business tetap jalan jer. Malah orang lagi respect kat kita kalau kita wat tak malu jer teruskan promote produk yang kita jual.



Dengan menggunakan TIMEWISE LIQUID FOUNDATION dan TRANSLUCENT LOOSE POWDER, wajah kelihatan segar, menawan dan 100% confident level akan bertambah.

LOTUS & BAMBOO BODY CARE COLLECTION



Muka cantik boleh cover dengan foundation......

Tetapi ketiak, leher dan celahan mana-mana anggota badan yang berdaki canner pulak nak cover ye??

Kita mesti nak sentiasa yakin pada diri sendiri kan? Cantik untuk suami itu lebih penting.

LOOFAH BODY CLEANSER dapat menyelesaikan masalah anda ini dimana LOOFAH ini dapat


  • menanggalkan kotoran pada kulit dengan serat loofah asli
  • membersihkan anggota badan anda dari daki, sel sel kulit mati
  • mencerahkan anggota badan
  • Dapat pakej lagi tau iaitu kulit cantik, lembut, halus dan licin gebu gebas.

dalam set ini juga ada losyen badan, namanya, NOURISHING BODY LOTION yang boleh disapu selepas mandi dengan LOOFAH BODY CLEANSER. Orang farmasi bagi tau akak, kalo kita kita guna jenama mandian sama dengan losyen badan dan semburan wangian, baunya lebih lama dan boleh samapai 1 hari. Maknanya kalu guna pagi, malam pun ada lagi bau tu. Tapi memang betul. Terbukti!

1 lagi produk dalam set ni ialah, DEO BODY SPRITZER. Menyegarkan dan mengharumkan kulit kita sepanjang hari. Boleh ganti deodorant ketiak. Sembur 3 kali kat ketiak. Lagi selamat dari deodorant ketiak yang lain kerana ia tidak menghalang pengeluaran peluh dari ketiak. 

Ini adalah best selling product.

Hubungi akak untuk cari tahu produk Mary Kay.


ANYTIME, ANYWHERE WITH MARY KAY



Inilah antara produk Mary Kay yang akak bawa apaabila pergi bekerja. Iyelah, kerja dengan orang ramai mestilah jaga penampilan. Tak semestinya mekap bagai macam artis nak buat show. Cuma calitkan apa yang patut untuk kelihatan segar dan bermaya serta sentiasa senyum. Kalau mekap beria tapi muka masam mencuka, pun tak de gunanya.


Antara produk Mary Kay yang akak bawa selalu dalam handbag ialah Translucent Loose powder (nampak glowing tau wajah kita ni), Sheer Mineral Pressed Powder, True Dimension Lipstick First Blush, CC Cream SPF15 (tak de dalam pouch sebab member pinjam  time ni) dan Mary Kay MIneral Powder Brush (halal; made of bulu ekor kuda padi) dan yang paling penting setiap produk ini BAWAH RM100.

Tips untuk memiliki produk Mary Kay ialah beli 1 produk Mary Kay 1 bulan.

Hubungi akak untuk konsultasi percuma tentang produk Mary Kay.

MARY KAY FOUNDATION PRIMER SUNSCREEN SPF15, 29ml



  • Selalu foundation tak tahan lama?
  • Foundation cepat bercapuk dan mudah hilang bila kulit berpeluh?


Jangan risau, foundation primer kan ada.

Hanya perlu sapukan foundation primer ni pada wajah anda sebelum apply Timewise Liquid Foundation atau CC Cream SPF15.

Hasilnya super duper best. Mekap tahan lebih lama sehingga 8 jam lamanya. Tambahan lagi, FOUNDATION PRIMER ni juga dapat membantu mengurangkan kedutan, garis halus dan menyembunyikan pori suapaya pemakaian bedak asas menjadi sekata dan tidak bercapuk.

Mekap pun nampak lebih halus dan gebu gebas tau. Apa yang best lagi FOUNDATION PRIMER ni, ia ada SPF15 untuk melindungi kulit dari sinar matahari. Hmmm...bagusnya foundation primer ni kan?


Hubungi saya untuk konsultansi percuma.

Thursday, April 28, 2016

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...
Dapat jugak saya buat blog sendiri untuk bniaga..ish..nak cakap apa ek dalam post buat julung2 kali ni :)Pepepun, akak nak bagi tau korang seme yang akak bniaga mary kay skin beauty care.jadi, dengan lafaz Bismillahhirrohmanirrohim, akak rasmikan sendiri blog akak ni untuk bniaga produk mary kay. Pada sesape yang brminat, leh la kontek konti akak untuk beli produk mary kay ni.Nanti akak share personal experience akak setelah memakai mary kay selama 1 bulan ni.

Akak ni pun macam artis jugak tau. Nak jual produk ni, bukan main tangkap muat jer..Kene pakai kat diri sdiri lu, baru leh promote kaw kaw kat org lain.

Monday, March 28, 2016



Gurls.....I was the QUEEN OF THE PERSONAL SALES last month.Got a few gifts from my recruiter, SD Norhaiza. Thanks kak.

MARY KAY MINERAL POWDER FOUNDATION



Mary Kay Mineral Powder Foundation adalah alas mekap dalam format serbuk yang memberikan litupan sebagai bedak. Malah ia memberi efek yang lebih flawless dan wajah lebih glowing. Memberi keyakinan kepada penampilan diri anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.


Sunday, March 20, 2016

WOOW...BESTNYER DAPAT HADIAH







Setelah join Mary Kay ni, banyak sangat hadiah yang akak dapat tau.  Dalam gambar ni baru sikit. Best join Mary Kay ni. Sambil dapat guna untuk diri sendiri, sambil menjual.

INTENSIVE MOISTURIZING CREAM




INTENSIVE MOISTURIZING CREAM berfungsi


  • memberi kelembapan kepada kulit muka berganda daripada HYDRATE SET BOTANICAL EFFECTS.
  • merawat kulit muka yang kering sehingga menggelupas, berkeping, berjeragat dan luka akibat penggunaan produk tempatan yang menggelupas dan menghakis

Hubungi saya untuk konsultasi percuma

Azi
0179695012

Tuesday, March 15, 2016

MARY KAY SKINVIGORATE



Berus pencuci muka yang sangat efisien kerana berus ini dapat


  • menanggalkan whitehead dan blackhead 
  • mencuci hingga ke dalam liang pori
  • melancarkan pengaliran darah di muka kerana ia turut mengurut wajah
  • lebih bersih dari mencuci muka dengan jari
  • jika digunakan bersama Botanical Effects Mask atau Renewing Gel Mask, whitead, blackhead lebih cepat ditanggalkan dan liang pori tersumbat akan lebih terbuka dan mengeluarkan semua kekotoran yang ada di dalam.

Sounds good, right?

Azi
017.969.5012
Instagram : @marykaysoldier
Facebook : azi abdullah

SET BOTANICAL EFFECTS




Set Botanical Effects adalah set penjagaan kulit wajah yang paling asas dan paling berpatutan harganya. Tapi set ini sesuai untuk remaja 12 tahun hinggan 25 tahun. Namun begitu, ia juga sesuai untuk merawat kulit wajah yang telah rosak akibat penggunaan produk penggelupasan dan pemutihan yang mengandungi HIDROKUINON. Terdapat dalam 3 formula yang memenuhi ciri-ciri jenis kulit.

F1 - Kulit Kering
F2 - Kulit Normal
F3 - Kulit Berminyak


Langkah 1-Cleanser



  • membuang kekotoran pada kulit wajah dari dalam liang pori hingga ke permukaan
  • menganjalkan kulit wajah

Langkah 2-Mask



  • membuang sel kulit mati dengan lebih efisien
  • mengecutkan jerawat
  • membuang whitehead dan blackhead
  • melembutkan kulit wajah




Langkah 3-Freshen


  • menyegarkan kulit setelah dibersih dan 'disental' dengan MASK
  • menutup liang liang pori wajah


Langkah 4-Hydrate



  • melembapkan kulit wajah
  • menggalakkan pertumbuhan tisu muka yang sihat
  • mengelakkan dan mencegah pertumbuhan jeragat
  • menutup liang liang pori muka dengan lebih efisien
  • meremajakan kulit wajah

MARY KAY BOTANICAL EFFECTS MEMANG BERKESAN UNTUK MERAWAT KULIT WAJAH YANG ROSAK SEPERTI MENGGELUPAS, REDNESS ATAU KEMERAHAN, JERAGAT DAN PERTUMBUHAN JERAWAT.

KITA HANYA PERLU BERSABAR, SABAR, SABAR DAN ISTIQAMAH.

INSYA ALLAH, AKAN PULIH.

Azi
017.969.5012

Instagram : marykaysoldier
Facebook : azi abdullah

LIP MASK AND LIP BALM

 Hi ladies....

  • Bibir gelap
  • bibir kusam
  • warna bibir tak sekata
  • bibir menggelupas sampai berdarah
  • nak bibir yang sihat, merah menawan

Rawati bibir mungil anda dengan Mary Kay Lip Mask dan Lip Balm. Insya Allah, bibir anda akan kembali sihat dan merah menawan.

Azi Abdullah
017.969.5012

Instagram: marykaysoldier
Facebook: azi abdullah

MARY KAY OIL FREE MAKE UP REMOVER

J

Hai..

Sape yang ada masalah susah nak tanggalkan mekap mata dan bibir?????

Tahukah anda jika kita guna baby oil, minyak zaitun dan make up remover yang ada di pasaran, ia akan mengeringkan dan menyebabkan


  • bahagian sekeliling mata berkedut serta dark circle
  • juga boleh menyebabkan kewujudan biji biji kolesterol
Jom try Mary Kay Oil Free Make Up Remover yang super duper best ni. Sangat sangat mudah dan tak perlu menyental. hanya dengan sekali sapuan sudah bersih.

Azi Abdullah
017.969.5012
instagram: marykaysoldier
facebook: azi abdullah


Friday, January 15, 2016

BARU! WARNA EDISI TERHAD BERUS PENCUCI, MARY KAY SKINVIGORATE


Salam semua...

Cantik betul warna baru MARY KAY SKINVIGORATE ni. Anak lelaki saya yang 8 tahun pun cakap warnanya cantik. berminat tak? Kalau berminat, jom whatsapp akak cepat-cepat ek.

Yang best pasal tool ni adalah:

  1. memaksimumkan manfaat penjagaan kulit saya
  2. mengubah kulit kusam ke tona kulit yang cerah bersei
  3. memberikan tona kulit yang lebih sekata
  4. memulihkan kulit wajah yang tampil muda
  5. kulit berasa lebih licin, lembut dan sihat
  6. diuji selamat digunakan sebanyak 2 kali walaupun anda mempunyai kulit sensitif. Jika anada pengguna baharu dan mempunyai kulit sensitif, guna 1 kali sehari.
  7. membolehkan produk penjagaan kulit seperti moisturizer dan toner diserap dengan lebih baik.
Percayalah...saya sendiri pengguna tool ni. memang berkesan. 

Whatsapp/SMS 
AZI
017.969. 5012

Monday, January 4, 2016

JOM BINA KERJAYA DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum...
Skang ni banyak sangat dengar citer-citer dari suami dan sepupu yang kene benti keje sebab company dorang dah tak mampu nak bayar gaji pekerja. Ye la, GST punyer pasal. Kalau bulan tu dapat RM10,000, dah kene tolak 6% dari RM10,000, da berapa dah. RM 600 dah hilang begitu saja. Belum masuk lagi cukai pendapatan.RM 600 tu dah boleh bayar gaji sorang tukang cuci kat company.

Nak nak pulak adik-adik yang baru graduate universiti. Masya AALAH, siannya kat dorang ek. Yang keje bertahun tahun pun dah kene buang, yang baru nak bertatih cari duit sendiri apa la nasib dorang. Masa akak pi kursus tuari, CGPA universiti berada di tangga 17  untuk kelayakan bkerja makan gaji di company besar2. Perkara pertama dorang cari ialah COMMUNICATION SKILL.

Tapi dik, dengan MARY KAY korang tak yah risau tu semua. Korang tak fluent BI pun tak pe. Janji korang bermulut manis, mahir mengekploitasi perasaan orang supaya beli produk MARY  MAY dan sabar melayani karenah customer.

Jom bina kerjaya dengan MARY KAY. Produknya memang terbaik. Korang tak yah risau. Konfem best.
Contact akak untuk dapatkan peluang ni.

AZI
017.969.5012
INSTAGRAM: @marykaysoldier

Saturday, January 2, 2016

ALHAMDULILLAH...



Alhamdulillah.....walaupun satu bungkusan sahaja.Terima kasih dik Rosniza dari Selangor kerana

  1. memilih produk MARY KAY. Anda telah membuat pilihan yang tepat.
  2. support bisnes akak.:)
  3. Jangan lupa berdoa pada ALLAH supaya produk ini memberi kesan yang baik pada kulit wajah Ros kerana setiap yang baik itu datang dariNYA.
*Jika ada perubahan pada kulit wajah selepas guna produk MARY KAY, itu maknanya proses detox. Sebab, sebelum ni, kita menggunakan produk yang mempunyai high chemical. Insya ALLAH, pasti ada perubahan yang baik selepas kita bersabar dan terus menggunakan produk MARY KAY.
Akak pun mengalami perkara yang sama.

AZI
MARY KAY BEAUTY CONSULTANT
Whatsapp/SMS:017.969.5012
Instagram: @marykaysoldier

MARY KAY SKINVIGORATE





Assalamualaikum....Happy New Year of 2016. Alat ni namanya MARY KAY SKINVIGORATE. Masya ALLAH...Bestnyer guna alat ni. Sibbaik akak dipertemukan dengan alat ni. Baru akak tahu yang selama ini cuci muka dengan jari jer tak cuci sangat. Bila guna berus ni kan, korang akan tengok kekotoran bekas makeup melekat pada berus ni.

Selepas cuci muka dengan berus ni, kulit muka akan rasa lembut sangat..sangat..sangat.Cuba tengok video demo selepas guna MARY KAY SKINVIGORATE, betapa berbezanya anatara 2 berus. memang ada tool yang macam ni dijual kat luar dengan harga yang lebih yang murah tapi ia tak setanding dengan tool dari MARY KAY. Tak caya? Korang cuba la beli tool yang bukan brand MARY KAY dan bandingkan dengan MARY KAY SKINVIGORATE ni.
Nak sapu foundation, bedak, blusher dan sebagainya memang cepat jer rata. Kulit pun rasa sihat. Sesape yang ada white dan black head, InsyaALLAH akan hilang sedikit demi sedikit. INGAT...SEDIKIT DEMI SEDIKIT..BUKAN TERUS ZASSS HILANG...itu yang akak suka pasal MARY KAY ni. MARY KAY tidak menjanjikan janji-janji manis seperti produk peeling yang lain. Guna produk MARY KAY ni, korang kene SABAR, SABAR, SABAR, ISTIQAMAH, ISTIQAMAH DAN  ISTIQAMAH.

Yang paling penting, kulit muka kita sihat. Skang ni, celah-celah hidung akak dah tak kuar dah jerawat-jerawat kecil. Masa mula-mula pakai, memang semua tu kuar. Rupa-rupanya proses detox. Tu pun baru tahu selepas join MARY KAY. Selain menambah pendapatan, banyak sangat ilmu kecantikan kulit yang akan kita ketahui. Memang berbaloi-baloi sangat-sangat join MARY KAY. Kepada yang nak join MARY KAY meh tanya akak. InsyaALLAH, akak akan tolong korang semua.

Semua produk MARY KAY yang akak gunakan tak pernah mengecewakan akak. Semuanya memuaskan hati. Berminat dengan produk ni, boleh hubungi akak.

AZI
MARY KAY BEAUTY CONSULTANT
Whatsapp/SMS: 017.969.5012
Instagram:@marykaysoldier



Copyright to MARYKAYSOLDIER