Sunday, May 22, 2016
OIL FREE HYDRATING GEL (OFGH)
Jom, guna OIL FREE HYDRATING GEL untuk melembapkan kulit wajah anda. OFGH sesuai sangat sangat sangat untuk wanita yang mempunyai kulit berminyak. Jangan ingat bila ada kulit muka berminyak tak perlu guna plembap. Sebenarnya, kulit berminyak lagi perlukan lembapan sebab kulit berminyak ni mempunyai lapisan bawah kulit yang sangat kering.
Lama kelamaan, timbullah jeragat atau pigmen pigmen yang menyebabkan ton warna kulit tak sekata.
Apabila apply OFGH ni kat wajah, senang sangat bila nak sapu foundation. Sekata elok jer. Berbedak pun tahan lama. Nak nak yang bekerja dalam bilik berhawa dingin, lagilah tahan lama.
Hubungi saya untuk dapaatkan produk Mary Kay, ok!
Saturday, May 7, 2016
MENCARI PENJAGAAN KULIT DAN REGIMEN HARIAN YANG SESUAI DENGAN KULIT ANDA?
Ramai wanita wanita yang cari tahu pasal produk Mary Kay ngan akak. Dan rata rata sebagai 1st time user, memang tak tahu apa apa pasal setiap set dalam Mary kay ni. Terima kasih (walaupun senyap jer lepas tu) dan tahniah akak ucapkan kepada mereka. Dont worry, akak tak marah k. Akak anggap, bukan rezeki akak.
Dalam Mary Kay untuk set penjagaan kulit, ada 4 sebenarnya. Dalam gambar tak de 1 set iaitu, SET PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT @ ACNE PRONE SKIN CARE. Set ni jarang permintaannya. Jadi, tak ramai Beauty Consultants Mary Kay wat stok. Maaf kepada customer akak yang terpaksa tunggu lama sikit kalo ode set ni ye.
Kalo set Botanical Effects memang banyak stok yang kitorang wat. Memang berkesan. Sangat sesuai untuk
1. Remaja dari 12 tahun ke 24 tahun.
2. Boleh juga untuk wanita yang 25 tahun ke atas yang mengalami kerosakan kulit wajah akibat produk produk yang kesannya cepat seperti 3 hari, 4 hari, 1 minggu dan macam macam lagi.
Set yang tengah tu MELACEP SYSTEM. Set ini adalah set pencerahan yang paling selamat di atas muka bumi. Memang kulit wajah anda akan glowing sangat bila guna set ni.
Set yang gambar paling kanan namanya TIMEWISE SKINCARE. Set ni sesuai untuk
1. wanita yang guna produk produk mahal dari Eropah, Korea atau Jepun seperti SK11, ESTEE LAUDER dan lain lain lagi dan dorang nak cut budget. Tapi Mary Kay lagi best dari produk produk ni. Ihiks......
2. wanita yang berusia 25 tahun ke atas yang dah tak de masalah kulit seperti jerawat. Set ini untuk menegangkan kulit wajah dan mengurangkan masalah kedutan.
PERINGATAN UNTUK WANITA WANITA DI LUAR SANA....
Mary Kay bukan produk yang menjanjikan kesan dalam masa 1 minggu, 2 hari, 3 hari, dan sebagainya. Mary Kay mengubah kualiti wajah anda dengan mencantikkan kulit anda dengan proses yang SIIIIIIHAT.
JANGAN MALU ATAU SEGAN UNTUK CARI TAHU
SKINCARE CARE CLASS
Ramai wanita yang Beauty Consultant jemput untuk ke event macam gambar kat atas ni MENOLAK untuk datang. Macam macam alasan yang diberi.
Walhal dorang takut nak datang sebab dorang ingat Mary Kay ni MLM yang bagi ceramah dengar dan tadah telinga pastu takut kena paksa untuk beli.
Silap deknon...Mary Kay tak macam tu. Mary Kay bagi penerangan bukan setakat korang kena tadah telinga yang best part ialah korang CUBA, GUNA, RASA, ALAMI produk produk Mary Kay seperti pencuci muka, penyegar, mask, pelembap, foundationnya yang meletop, lipstick dan macam macam lagi lah. Korang datang muka biasa, korang balik dengan muka glowing nau nau gitu.
Dari pemerhatian saya sebagai Beauty Consultant Mary Kay ni, setiap wanita yang datang ke event Mary Kay ni pasti pulang dengan happy walaupun tak membeli produk Mary Kay time tu. Dan kitorang takde la nak paksa paksa bagai suh beli produk Mary Kay ni. Takde lagi dalam sejarah Mary Kay, seorang wanita dipancung kepalanya atau ditahan dalam bilik gelap kerana mencuba produk Mary Kay tapi tak nak beli. Takde ye deknon deknon.
Malah Beauty Consultants Mary Kay senyum dan happy jer. Sebenarnya kan, bila kitorang buat event macam ni, kitorang seolah olah macam BERSEDEKAH. Yelah, korang ingat produk produk Mary Kay yang dorang try tu, kami dapat free ke? Tak. Kami beli. Cuma kami dapat murah sebab jadi ahli dan berniaga. Dan bila kami beli, kami perlu bagi prospek (orang yang ditarget untuk membeli) try. Cakap saja tak thrill kan?
Bagi saya, Mary Kay lah satu satunya MLM yang penuh dengan charity, fun,go give dan sharing and caring. Dah ramai ahli ahli MLM yang lain yang approach saya untuk jadi ahli dan serius berniaga, tapi MLM tu tak kena dengan jiwa saya.
LIPS SPA
LIPS SPA
Mary Kay bukan sahaja ada produk untuk penjagaan kulit wajah, malah untuk bibir, mata, tangan sehinggalah ke kaki pun ada.
Bibir anda kering, menggelupas,dah minum air banyak gelas pun tetap kering jugak, hitam akibat penggunaan lipstick yang terlalu tinggi plumbum, maka inilah produk yang sesuai untuk merawat masalah bibir anda.
Penggunaan yang konsisten akan menghasilkan bibir yang merah, lembap dan sihat. Terdapat dua item
1. Satin Lips Mask
Picit lip mask dalam sebesar kacang tanah,sapu lip mask dengan guna jari hantu pada bibir atas dan bawah kemudian biarkan kering selama 10 minit. Lepas tu baru cuci dengan tisu yang lembap.
2. Satin Lip Balm
Keringkan bibir yang basah selepas guna lip mask tadi. kemudian, picit lip balm sebesar kacang hijau atas jari hantu dan sapu lip balm tu pada bibir atas dan bawah. Bibir anda kan kelihatan dan terasa berminyak. Jangan bimbang, lip balm sedang melakukan proses untuk merawat bibir anda. Dah namanya pun LIP SPA, maka gunalah produk ni time anda rest and relax di waktu lapang atau hujung minggu.
Jangan segan untuk hubungi saya. Fast and friendly response.
Thursday, May 5, 2016
KULIT TANGAN LEMBUT, SETIAP ORANG PERLU HARGAINYA
SATIN HANDS PAMPERING SET
Satin Hands Pampering Set adalah sistem 3 langkah mudah yang membelai tangan anda agar ia sentiasa lembap, lembut dan licin. Set ini merangkumi:
1. Pelembap tangan yang bebas wangian yang melembutkan daki atau sel sel kulit mati pada tangan supaya mudah diskrub dengan skrub.
2. Skrub tangan untuk menyental dengan lembut daki daki dan sel sel kulit mati pada tangan.
3. Krim tangan yang wangi dan melembutkan kulit tangan selama 3 hari. (kalau tak buat kerja rumah langsung atau kerja berat, tahan 1 minggu kelembutannya:)
Boleh dibeli secara berasingan.
Hubungi saya untuk konsultansi percuma tentang produk ni k.
Wednesday, May 4, 2016
PERKHIDMATAN 'MAKE OVER' PERCUMA
Berita baik untuk anda semua,
Mulai hari ini, bermula lah tugasan saya untuk cabaran mencari 100 orang untuk di 'make over'. Saya memerlukan bantuan dari anada untuk menyiapkan tugasan saya.
Oleh itu, saya mencari 100 orang wanita yang berminat untuk cuba mengubah penampilan yang ringkas tetapi masih lagi menarik dan servis ini PERCUMA.
Bagi yang berada di sekitar Terengganu dan Kelantan amatlah dialu alukan.
Hubungi saya yer....
PENYELESAIAN ISTIMEWA BAGI PENJAGAAN KULIT BERJERAWAT
ACNE PRONE SKIN CARE
Set penjagaan ini mengandungi 2% asid salisilik yang pantas menembusi pori untuk membersihkan kotoran, mengurangkan kerengsaan dan membantu kulit tampil lebih licin tanpa cela. ketiga tiga produk ini juga dirumus dengan botani yang menyegarkan seperti Canadian Willowherb, sea heather dan akar burdock.
Set ini sebenarnya mengandungi 3 items jer. Gambar atas terlebih satu iaitu spray (semburan untuk melegakan kulit berjerawat-sudah tidak dikeluarkan)
1. Cleanser
Pencuci berbusa berperanan menanggalkan minyak berlebihan, mencegah pengumpulan sel sel kulit mati di dalam pori dan membantu menghilangkan cela. Kulit berasa segar dan bersedia untuk langkah berikutnya iaitu
2. Purify (menyegar)
serum ini mempunyai tekstur selicin sutera untuk membantu mengeringkan jerawat dan mencegah kemunculan jerawat. meminimumkan pori dan mengurangkan kilatan.
3. Treat (Rawat)
Krim yang sangat efektif dengan rumusan asid salisilik dan botani memyasarkan dan menghilangkan jerawat dan cela kulit. Cepat diserap tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Jangan segan hubungi saya untuk cari tahu mengenai produk ini yer. Insya Allah, produk ini berkesan kepada anda kerana Mary Kay sangat menjaga kualiti dan mutu produknya.